Kewajipan zakat ke atas
emas dan perak dijelaskan didalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang
menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah
(mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih,
pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya
dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah
harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang
kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Emas dan perak adalah
logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
Haul = merujuk
kepada tempoh masa iaitu setahun.
Nisab = merujuk
kepada nilai berat.
PENGIRAAN ZAKAT EMAS
Zakat emas dikira dalam
dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang
disimpan (tidak dipakai).
2. Zakat emas yang
dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang langsung tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun.
Emas yang langsung tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun.
Jika nilai emas
tersebut menyamai atau melebihi nisab iaitu 85gram, maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh Pengiraan:
Amran mempunyai 100gram jongkong emas didalam simpanannya.
Dia telah menyimpan jongkong emas tersebut selama 1 tahun. Harga semasa nilai
emas adalah Rm200.00/gram.
Oleh itu,
Jumlah harga jongkong emas Amran = 100 gram x Rm200.00/gram =
Rm20000.00
Jumlah zakat yang perlu dibayar = 2.5% x Rm20000.00 = Rm500.00
2. Zakat Emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya.
Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan
pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan
kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf.
Nilai yang diambil kira
adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh:
Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh Pengiraan:
Berat emas yang selalu dipakai oleh isteri Amran ialah 300 gram
Berat emas yang perlu dikenakan zakat = 300 gram - 150 gram (uruf) = 150 gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (150 gram harga x harga semasa)(Katakan harga semasa Rm200.00/gram)
Zakat yang wajib dibayar oleh isteri Amran = 2.5% x (150gram x Rm200.00/gram) = Rm750.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia:

- Uruf emas Kedah = 150 gram
- Uruf emas Perlis = 170 gram
- Uruf emas Pulau Pinang = 165 gram
- Uruf emas Melaka = Rm5000.00
- Uruf emas Johor = 850 gram
- Uruf emas Negeri Sembilan = 200 gram
- Uruf emas Selangor = 800 gram
- Uruf emas Wilayah Persekutuan = 150 gram
- Uruf emas Kelantan = Tiada uruf
- Uruf emas Terengganu = 850 gram
- Uruf emas Pahang = 200 gram
- Uruf emas Perak = 500 gram
- Uruf emas Sabah = Rm5000.00
- Uruf emas Sarawak = 775 gram
(Sumber: Laporan kajian penetapan uruf emas pakai negeri Pahang Darul Makmur tahun 2008)
PENGIRAAN ZAKAT PERAK
Bagi zakat perak, ia
perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
Haul ialah tempoh
masa setahun
Nisab zakat perak
sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat
perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh Pengiraan:
Amran menyimpan
1 kg Perak 999
Katakan harga semasa
1 kg perak 999 adalah RM4500
Oleh itu,
1 kg = 1000 gram
1 gram Perak 999 = Rm4.5/gram
Zakat Perak yang wajib dibayar zakat = 2.5% x Rm4500 = Rm112.50
Oleh itu,
1 kg = 1000 gram
1 gram Perak 999 = Rm4.5/gram
Zakat Perak yang wajib dibayar zakat = 2.5% x Rm4500 = Rm112.50
Sumber rujukan:
No comments:
Post a Comment